Hiburan Melampau

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi ini, kemampuan dalam melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan negara yang maju dan harmoni amat mudah dan berkesan..Namun di zaman yang semakin maju dan serba canggih ini, kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara lain yang sedang membangun. Seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara kita ini ? Terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang. 

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan tentang isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam membentuk devian sosial tidak seharusnya berlaku. Kerana ia merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripda Aisyah r.a yang bermaksud :
 “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu`ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah ini rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari raya Aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.”
( Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis di atas, ia menjelaskan bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenagkan hati di haruskan oleh Islam. Hiburan nyanyian ini juga diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA HIBURAN MELAMPAU.

Terdapat banyak punca berlakunya hiburan melampau dikalangan remaja pada masa kini. Sebagai contoh dari aspek didikan agama, kemunculan teknologi, rakan sebaya, sikap ibu bapa dan sikap individualistik masyarakat. Dibawah adalah huraian antara aspek bagi punca-punca berlakunya hiburan melampau.

Didikan agama adalah sesuatu perkara yang sangat penting bagi individu untuk membentuk akhlah yang cantik dan baik. Sebagai ketua yang paling besar, bapa memainkan peranan penting dalam sesebuah keluaga. Oleh itu, bapa bertanggungjawab ke atas segala keperluan ahli keluarga dan perlu menyediakan keperluan itu dengan secukupnya. Hal ini termasuklah keperluan menuntut ilmu dan didikan agama kepada diri seseorang lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda atau remaja yang bergelar dengan generasi Y yang lahir pada masa kini. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Faktor remaja terjebak dalam hiburan lampau adalah berpunca daripada kekurangan didikan agama dan moral yang mendalam. Pada zaman era globalisasi kini, remaja tidak lagi takut kepada dosa yang dilakukan malah, bertindak melakukan sesuatu tidak lagi memikir tentang pembalasan Tuhan terhadap apa yang dilakukan. Kebiasaannya, apabila remaja Islam telah leka dengan hiburan perkara yang wajib dilakukan akan dilupakan. Sebagai contoh perkara wajib dilakukan adalah solat 5 waktu. Mana tidaknya, jika keluar pada waktu malam akan balik pada pagi keesokan pagi. Jika keluar pada siang hari pula, remaja sibuk melayan hiburan sehingga tidak ada masa sikit pun untuk solat. Remja berpendapat bahawa, kehidupan pada masa remaja ini perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Maka dengan itu, didikan agama adalah sangat penting untuk mencegah hiburan lampau di kalangan remaja.

Seterusnya ialah punca daripada kemunculan teknologi. Kemunculan teknologi yang canggih adalah satu perkembangan yang baik untuk sesebuah negara. Teknologi yang canggih dicipta untuk tujuan mempermudahkan sesuatu pekara. Kemunculan media massa pada masa kini adalah salah satu contoh perkembangan teknologi yang diketahui oleh banyak pihak.

Akan tetapi dengan kemudahan yang diberi ramai juga yang salah guna kemudahan itu terutamanya dalam kalangan remaja. Pengaruh media massa terhadap remaja sememangnya tidak dapat dibendung lagi. Hal ini kerana, media massa turut mendorong masalah hiburan melampau sehingga melonjak dengan drastik. Ini disebabkan zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang penah dilihat dan didengari kerana remaja pada masa kini mempunyai naluri yang besar untuk mencuba sesuatu di depan matanya. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial.

Hiburan melampau hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling daripadanya dan berkata: “Bahgi kami amal-amal kami dan bahagimu amal-amal kamu, semoga selamatkan kamu, kami tidak ingin (bergaul) dengan orang yng bodoh” ( Surah Al Qasas 28 : 55).

Bermaksud : Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya (HR Bukhari dan Muslim).

Sikap ingin mencuba adalah sikap yang positif tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sesuka hati perlu ada tujuan yang berfaedah dan dapat iktibar daripada apa yang dilihat dan didengari. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk dicuba pula dalam hati remaja. Seharusnya, sebelum melakukan sesuatu perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu pekara yang akan diperoleh dari media massa.

Kesimpulannya, setiap perkembangan teknologi mempunyai keburukan dan kelebihannya tersendiri. Terpulang kepada pengguna sahaja yang membuat keputusan untuk memilih keburukan atau kebaikan. Jika meinginkan kebaikan maka pililah yang terbaik dan jika memilih untuk keburukan maka tergolonglah seseorang itu sebagai orang yang sia-sia.

Selain itu, hiburan melampau juga berpunca daripada rakan sebaya. Hal ini kerana selain daripada ibu bapa dan ahli keluarga, rakan sebaya adalah orang yang paling rapat bagi seseorang individu. Ada kalanya seseorang individu lebih gemar menceritakan hal peribadinya kepada rakan sebaya berbanding menceritakan kepada ibu bapa terutamanya kalangan remaja pada masa kini. Bagi pendapat remaja pada masa kini, rakan sebaya lebih memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Mana tidaknya, jika mereka menceritakan hal peribadinya kebiasaannya ibu bapa akan menolak dan menentang perasaan atau keinginan yang anak meraka cuba sampaikan. Maka dengan itu, remaja lebih mendiam diri daripada bercerita kepada ibu bapa.

Dengan berpendapat rakan sebaya adalah rakan yang dapat memahami dan sanggup berkorban untuk diri mereka maka, kesemuanya yang di lakukan oleh rakan sebayanya adalah betul. Hal ini menyebabkan, remaja akan terikut-ikut perbuatan rakan sebayanya yang sering dilakukan tanpa mengira perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah dan tidak berfaedah. Dengan melakukan perbuatan yang negatif ini remaja akan mudah terjerumus dengan drastiknya dalam masalah sosial dan hiburan melampau.

Disebabkan rakan sebaya yang dipercayai pada masa itu, maka segala yang terdapat padanya adalah sesuatu yang indah dan yang paling penting perbuatan itu dapat menarik pehatian orang ramai. Hal ini kerana, remaja masa kini meninginkan dirinya selalu berada didalam perhatian dan dipandang oleh orang ramai. Ini bermaksud, jika seorang rakan sebayanya tidak memakai tudung apabila diluar rumah, mungkin itu perbuatan yang menarik yang perlu di ikuti kerana berpendapat orang ramai akan tertarik jika melihat gaya dan cara pakainya. Maka, remaja yang mempunyai sikap yang baik juga boleh terikut dengan perbuatan demikian tanpa memikir kesan yang akan mendatang. Terdapat banyak contoh perbuatan rakan sebaya yang kebiasaan diikuti seperti melepak, merokok, minum arak dan melihat konsert yang penuh dengan alat muzik.  Hal ini menunjukkan remaja itu telah terjerumus dalam masalah sosial dan hiburan melampau. Allah SWT berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat yang bermaksud: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”( Surah Al A’raf 7: 26).

Faktor terjadinya hiburan melampau dalam kalangan remaja juga berkait rapat dengan sikap ibu bapa. Pada zaman kini, individu lebih mementingkan duit dan kerjaya berbanding kebajikan keluarga yang ingin membesar dengan keadaan sihat dan sejahtera. Tambahan pula, individu berpendapat bahawa jika tidak mempunyai duit yang cukup, maka kesusahan akan hadir dalam kehidupan meraka termasuklah golongan ibu bapa yang serba moden pada masa kini.

Majoriti, ibu bapa berpendapat remaja pada masa kini hanya memerlukan duit atau perbelanjaan semata-mata. Tetapi meraka silap, remaja yang sedang meningkat usianya juga sememangnya memerlukan perhatian yang lebih dan kasih sayang yang sepenuhnya untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Sedang usia remaja meningkat seharusnya ibu bapa sentiasa ada untuk segala dugaan dan rintangan yang dihadapi. Hal ini akan melahirkan rasa diri dihargai dan disokongi pada setiap keadaan. Pada usia seorang remaja meningkat, terlalu banyak perkara yang ingin  diceburi. Pada masa inilah ibu bapa perlu menjadi kawan rapat bagi remaja kerana segala keinginannya pasti di beritahu kelak.

Sikap ibu bapa yang sibuk menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka mulalah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah untuk menghilangkan rasa kebosanan. Hal ini kerana, remaja merasakan tiada sokongan yang diberi oleh keluarga. Kebiasaannya remaja ingin menceritakan sesuatu yang gembira kepada ibu bapa. Akan tetapi, ramai ibu bapa yang memberi alasan mereka tidak ada masa untuk mendengar kerana kepenatan bekerja seharian. Hal ini akan menyebabkan remaja berasa tertekan dan meninginkan hiburan untuk melupakan segala masalah itu.

Akhir sekali sikap individualistik masyarakat. Masyarakat yang bagus adalah masyarakat yang sering menyetahui atau prihatin atas segala masalah yang berlaku di sekelilingnya. Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja yang berlaku juga adalah faktor yang menyumbang kepada penglibatan hiburan melampau dikalangan remaja.

Pada masa kini, masyarakat lebih cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Mereka berpendapatan segala masalah adalah urusan atau tanggungjawab pihak berkuasa sahaja. Tidak hairanlah jika terdapat ramai penagih dadah disekitar tempat tinggal mereka. Bukankah lebih baik menghapuskan penagih dan penjenayah dengan secepat mungkin? Untuk mengatasi masalah tersebut memerlukan kerjasama banyak pihak termasuklah kerjasama dari masyarakat setempat dan hal ini bukan tertumpu kepada pihak berkuasa sahaja. Seharusnya, masyarakat perlu juga menegur kesilapan yang dilakukan orang sekeliling tidak kiralah orang itu adalah ahli keluarga atau bukan ahli keluarga. Contohnya, seorang kanak-kanak sedang menghisap rokok maka wajarlah individu untuk menegur perbuatan itu kerana perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah. Oleh sebab itu, masalah gejala sosial dan hiburan lampau ini dapat dibendong. Hal ini kerana, apabila seseorang menegur kesalahan yang dilakukan makan seseorang itu akan merasa malu dan tidak dilakukan lagi.

Selain itu, guru disekolah juga memainkan peranan yang penting. Seharusnya, setelah sesi persekolahan perlu ada program yang menarik yang dikenalkan untuk para pelajar. Hal ini dapat menghalang pelajar daripada pergi membuang masa ke pusat membeli belah dan dalam masa yang sama terjerumus dalam gejala yang tidak berfaedah. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik di sekolah  ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin dan tidak terlalu mendedahkan dengan perkara negatif.


KESAN-KESAN BERLAKUNYA HIBURAN MELAMPAU.

Terdapat banyak kesan negatif apabila terjerumus dalam hiburan melampau. Sebagai contoh melahirkan golongan hedonisme. Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Apabila golongan hedonisme ini wujud maka timbul gejalan yang melupakan kepada agama, budaya, asal usul, dan etika murni. Hal ini kerana, individu akan asyik berseronok sehingga malas untuk melakukan pekara yang disuruh dan membuat apa saja yang dilarang. Selain itu, remaja hilang matlamat hidup kerana terlaku leka terhadap pekara yang penuh ilusi sehingga melupakan matlamat hidup yang sebenar.

Kemudian, ia akan menyebabkan berlakunya kerugiaan wang. Seseorang individu akan kehabisan wang ringgit jika tidak bijak menguruskan dengan sebaik mungkin. Mungkin ramai dikalangan kita suka pergi ke pusat hiburan untuk melupakan masalah yang dihadap dengan mengeluarkan wang yang besar. Tetapi persoalan disini, adakah masalah itu dapat diselesaikan? Sememangnya tidak bukan. Lebih baik wang itu digunakan untuk mengelesaikan masalah atau disimpan untuk masa kecemasan. Selain itu, segelintir individu sanggup mengeluarkan wang ringgit bahkan harta benda semata-mata untuk berhiburan. Individu ini seperti tidak tahu had untuk beberlanja dengan bijak. Dan kebiasaanya berbelanja tanpa had  bukan untuk keperluan harian tetapi hanya semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu untuk berhibur.

Tambahan pula, hiburan melampau ini akan mengakibatkan rendahnya nilai murni dalam diri. Jika individu terlalu suka akan hiburan maka ia akan menyebabkan nilai murni rendah. Sebagai contoh hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain. Ini boleh dilihat seperti remaja bertutur dengan golongan lebih tua. Tidak lagi menggunakan perkataan yang baik malah ada juga sanggup menghina atas kepentingan diri. Seharusnya, kita rakyat Malaysia dikenali sebagai budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka dengan kesan hiburan melampau ini oleh menyebabkan budaya bahasa kita dipandang rendah oleh masyarakat luar. Selain itu, individu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa memperdulikan larangan agama dan adat. Segelintir individu pada masa kini tidak lagi takut kepada dosa yang dilakukan dan balasan dari Allah SWT.

Seterusnya membazir masa juga merupakan kesan hiburan melampau. Jika seseorang selalu berhibur, pembaziran masa akan berlaku. Hal ini kerana tiada perkara yang berfaedah dilakukan dalam aktiviti harian hanya ada berhibur semata-mata. Lebih baik  masa yang terluang itu digunakan untuk melakukan segala pekerjaan yang tertangguh. Sebagai contoh, seorang pekerja, sering berhibur tetapi kerja masih banyak tertangguh. Hal ini boleh menyebabkan kehilangan sesuatu pekerjaan atau kepercayaan oleh majikan terhadap pekerja. Kerana kerja yang diberi tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, tindakan dari orang atasan boleh dikenakan. Bukankah itu sesuatu yang merugikan? Daripada mempunyai kerja yang tetap tetapi disebabkan hiburan seseorang boleh kehilangan kerja.

Akhir sekali, tidak minat untuk belajar akan memberi kean kepada para pelajar. Kebiasaanya apabila pelajar sekolah telah didedahkan dengan hiburan tanpa diawasi pasti perubahan drastik akan berlaku. Tambahan pula,  hiburan itu adalah sesuatu perkara yang baru bagi seseorang yang menyebabkan keinginan mencuba itu hadir. Perubahan drastik yang biasa didengari ialah menghisap rokok, melepak, meminum arak dan sebagainya. Hal in termasuklah tidak berminat untuk belajar. Sebelum ini pembelajaran semuanya dalam keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan hiburan maka kemalasan itu datang. Dalam masa yang sama, pelajar tersebut boleh gagal dalam pelajaran. Apabila tidak belajar itulah padahnya, kegagalan yang ditemuinya. Hal ini akan menyebabkan masa hadapan seseorang akan gelap dan boleh meningkatkan kadar kehidupan tidak mempunyai perkerjaan kerana tidak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.


CARA - CARA UNTUK MENGATASI BERLAKUNYA HIBURAN MELAMPAU.

Pada masa kini, ramai yang salah menggunakan aktiviti hiburan terutamanya dalam kalangan remaja. Majoriti, apabila seseorang remaja terjerumus dalam aktiviti hiburan ia akan memberi kesan negatif. Contohnya, pertambahan golongan hedonisme, merugikan wang, merendahkan nilai murni dan banyak lagi. Hiburan sebenarnya bukan tidak boleh, tetapi perlulah mengikut syara’ untuk berhiburan. Jika hiburan memberi kesan yang negatif maka, hiburan itu dipanggil sebagai hiburan melampau. Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil iktibar dan cuba untuk mengubahnya. Terdapat banyak cara yang boleh membendung bagi masalah hiburan melampau pada masa kini.

Pertama sekali, peranan sebagai ibu bapa kepada seseorang remaja. Ibu bapa merupakan orang yang sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut perkembangan atau perubahan sikap bagi anak mereka. Selain daripada wang, anak juga memerlukan keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Walau sibuk dengan kerja sekalipun, ibu bapa perlulah membahagikan masa untuk bersama anak-anak meraka yang sedang mencari erti kehidupan. Hal ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang bagi seseorang remaja.

Selain itu, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama dan moral secukupnya. Pendidikan agama dan moral yang baik dapat mengurangkan keinginan remaja untuk berhiburan di luar secara berlebihan. Hal ini kerana, remaj lebih memahami tentang kesan hiburan melampau kepada seseorang setelah mempelajari pendidikan agama dan moral. Ianya bagus kerana remaja akan lebih berhati-hati untuk berhibur di luar sana. Akan tetapi, jika mereka terlibat dengan aktiviti hiburan yang melampau maka mereka dapat menghindarkan diri dengan mudah.

Tambahan pula, ibu bapa hendaklah sentiasa berada dengan anaknya. Hal ini demikian, dapat memastikan ibu bapa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi ole anak mereka serta sanggup meluangkan masa bagi mengatasi masalah tersebut. Apabila ibu bapa sering berkongsi cerita dan pengalaman, lalu anak mereka akan lebih selesa untuk menceritakan hal-hal peribadinya. Selain itu, apabila ibu bapa sentiasa berada dengan anaka-anak, anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai kawan rapar mereka sendiri. Hal ini baik diamalkan untuk mengelakkan diri anak-anak terikut-ikut dengan perbuatan negative rakan sebayanya. Tambahan pula, ibu bapa boleh memberi nasihat dengan mudah dan diterima oleh anak-anak. Ini dapat mengelakkan daripada sangkaan anak-anak yang terasa ibubapa tidak saying kepadanya.

Kemudian, media massa juga berperanan untuk menangani isu hiburan melampau ini. Hal ini kerana, peranan media massa merupakan penting dalam memberi kesedaran kepada golongan remaja. Kesedaran ini dapat dipupuk dengan melalui kempen yang dapat perhatian kepada golongan remaja sekarang. Melalui rancangan yang disiarkan di televisyen yang mempunyai nasihat dan kata-kata yang memberi kebaikan juga dapat menghidupkan jiwa dan rohani dalam diri remaja. Rancangan seperti ini mestilah berjaya disiarkan supaya dapat menarik minat remaja pada hari ini. .


KESIMPULAN

Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum arak, berpegangan tangan malah juga tidak menghormati ibu bapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.
   Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang perhatian daripada ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar sana.  

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada suatu hari nanti iaitu dengan cara ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke kancah aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan buat semua. Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran dan tindakan semua pihak daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya dalam pembinaan akhlak remaja. Seseorang remaja perlu mencari persekitaran  bagi memastikan dirinya mendapat pengaruh yang baik. Ibubapa perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu menyediakan persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya dan sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana generasi remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.

Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang sedang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada berterusan. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka akan sentiasa cerah. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.  

Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kesan positif daripadanya akan melahirkan generasi-generasi muda yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.
Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan pemimpin kepada nusa bangsa pada masa depan. 

Contoh Hiburan Melampau 
GAMBAR

Contoh 1 : Kesalahan berhiburan dengan konsert yang tidak menjaga aurat.

Contoh 2 : Kesalahan berhibur yang tidak mengasingkan lelaki dan perempuan.


Contoh 3: Kesalahan berhibur yang mendatangkan maksiat kepada masyarakat.


- KERATAN AKHBAR

contoh 4 : Hiburan boleh menyebabkan tiada persefahaman.



Contoh 5: Hiburan menyebabkan remaja tidak tahu akan hukum halal haram.



RUJUKAN
· AlQuran An-Nur Terjemahan Al-Hidayah Al-Quran Al-Karim  ,
· ( Cetakan Kedua 2012 ) Percetakan Zafar Sdn. Bhd
· Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Alias Mat Saat (2016). Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam. Selangor: Oxford Fajar.
· http://islam4online.blogspot.my/2012/08/yang-dihalalkan-dalam-islam-jenis.html   
· http://ikhlas89.blogspot.my/2011/02/hiburan-melampau-keburukan-implikasinya.html

http://fenditazkirah.blogspot.my/2011/08/hiburan-dalam-islambila-kita-banyak.html

Comments

Popular posts from this blog

Kesantunan Bahasa

Kejiranan