Hubungan Persaudaraan

MAKSUD PERSAUDARAAN
Saudara bermaksud menurut kamus dewan bahasa adalah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik manakala persaudaraan  ialah perihal bersaudara, perhubungan seperti bersaudara, pertalian yang rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali antara berbagai-bagai kaum. Didalam bahasa Arab saudara bermaksud Ukhuwwah dan di dalam bahasa Inggeris ialah Brotherhood. Agama Islam sangat mementingkan persaudaraan atau ukhuwwah. Didalam Al Quran dan juga hadis menyuruh kita menjaga hubungan sesama muslim atau sesama manusia ia terdapat didalam surah Al Hujurat,  Allah SWT berfirman:

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَصْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 10)
Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya agar menjaga persaudaraan dengan saling bantu membantu serta berbuat baik.
"Orang muslim itu saudara Muslim lainnya." (HR Abu Daud). Dalam riwayat yang lain: " orang mukmin dengan mukin yang lain bagaikan suatu bangunan yang kukuh yang saling menguatkan antara satu sama yang lain." (HR Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasai' dari Abu Musa Al-Islam Asy'ari) terdapat banyak lagi hadis yang meriwayatkan tentang persaudaraan.


JENIS-JENIS PERSAUDARAAN
Menurut kajian terdapat 4 jenis persaudaraan yang digariskan:
Pertama: Persaudaraan sesama Islam atau Al-Ukhuwwah Islamiyyah.
Kedua: Persaudaraan Keluarga atau Al-Ukhuwwah An-Nasaliyyah.
Ketiga: Persaudaraan Sebangsa atau Al-Ukhuwwah Al Wathaniyyah
Keempat: Persaudaraan sesama Manusia atau Al-Ukhuwwah Al Basyariyyah

Untuk lebih jelas mengenai ukhuwwah diatas saya akan huraikan dibawah supaya anda lebih faham dan jelas mengenainya.

1. Persaudaraan Islamiyyah
Allah SWT berfirman:
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖ  وَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَآءً فَاَ لَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖۤ اِخْوَانًا ۚ  وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا  ؕ  كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَـكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 103)

           Dalam Islam terdapat persaudaraan Islamiyyah atau Al Ukhuwwah Al-Islamiyyah. Hal ini berdasarkan sumber dari Al Quran dan Hadis. Ayat diatas secara tegas menjelaskan telah mempersatukan dan mempersaudarakan penganutnya serta melarang bermusuhan atau perceraian antara satu sama lain. Persaudaraan dalam Islam tidak terbatas pertalian persahabatan yang dekat bagaikan antara Adik dan abang seibu sebapa akan tetapi persaudaraan Islamiah merangkumi persaudaraan zahir dan batin.  hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadisnya: " seseorang muslim itu adalah seseorang yang boleh menjaga orang muslim lain selamat daripada lidah dan tangannya." dan dalam riwayat lain Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda : " perumpamaan orang-orang Mukmin dalam saling cinta mencintai dan saling sayang-menyayangi Bagaikan satu anggota badan.  apabila salah satu anggota badan masa sakit maka Seluruh anggota badan tersebut ikut masa sakit seperti orang sakit terkena demam panas." (HR Ahmad dan Muslim dari Nu'man bin Basyir). Terdapat banyak lagi hadis yang membahaskan mengenai masalah persaudaraan didalam Islam.


2. Persaudaraan Keluarga
" Janganlah  duduk bersama kami orang yang telah memutuskan tali silaturrahim."  kemudian Seorang pemuda berdiri dan meninggalkan majlis nabi lalu ia bertemu dengan ibunya untuk meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukannya. Se telah meminta maaf kepada ibunya pemuda tersebut kembali kepada majlis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam maka Nabi bersabda : " Sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu Wata'ala tidak akan turun kepada sesuatu kaum Selama ada Di Antara mereka seorang yang memutuskan tali silaturrahim atau persaudaraan." (Irsyadul Ibad, hal 99 dan At Targhib 3 : 345).
  
Mari kita lihat keluarga kita, satu kelompok yang kecil. Adakah didalam keluarga kita terdapat tidak bertegur sapa, saling menjauhi,fitnah anatara satu sama lain, maka rahmat Allah akan menjauhi dari anggota keluarga kita. Rahmat Allah ialah syurga Allah tidak akan diberikan kepada Pemutus Silaturrahim.
 Dalam  sejarah kehidupan umat manusia perselisihan dan pertengkaran dalam keluarga kebanyakan berlakunya perselisihan antaranya ialah cemburu dan ketidakadilan di dalam pemberian harta ataupun pewarisan di dalam satu hal serta banyak lagi.  Mungkin kita masih ingat pembunuhan yang dilakukan oleh Qabil terhadap habil atau abang terhadap adiknya.
  Disisi Nabi SAW juga memberi penegasan dan sekaligus ancaman bagi orang yang memutuskan tali persaudaraan dengan sabdanya : "Tidak akan masuk syurga seorang pemutus tali silaturrahim(persaudaraan)." (HR Bukhari dan Muslim)

3. Persaudaraan Sebangsa
Ketika nabi sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya hijrah ke Madinah,  maka dibentuklah pemerintahan Islam pertama dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai pemimpin.  untuk mengatur pemerintahan yang lebih lancar,  Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah membuat peraturan atau undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakatnya. salah satunya adalah peraturan mengenai hubungan masyarakat minoriti bukan Islam dengan masyarakat muslim ataupun sebaliknya.  diantara peraturan  itu adalah masyarakat majoriti (muslim)  tidak boleh melakukan tindakan sewenang-wenangnya terhadap kaum minoriti bukan muslim.  bahkan nabi sallallahu alaihi wasallam berpesan lelaki hadisnya "barang siapa yang menyakiti orang kafir dzimmi,  maka ia telah menyakitiku". (Al hadis).   dari Hadis tersebut kita boleh memahami bahawa nabi sallallahu wasallam memberi jaminan keselamatan kaum minoriti ini merupakan gambaran sekilas bentuk persaudaraan sebangsa dan se tanah air.


4. Persaudaraan sesama manusia
Agama Islam tidak hanya mengatur kehidupan antara sesama muslim, keluarga dan  bangsa tetapi ia juga mengajar bagaimana mengatur kehidupan sesama manusia.  di mata Islam Semua bangsa di dunia memiliki kesamaan dan kesetaraan.  tidak ada suatu ajaran pun yang mengatakan bahawa bangsa tertentu lebih mulia atau lebih rendah dari bangsa lain kecuali yang paling bertaqwa kepada Allah.
      Allah swt menjelaskan dalam Al-Quran:
Allah SWT berfirman:
يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوْا   ؕ  اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَ تْقٰٮكُمْ   ؕ  اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 13)

 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga menyampaikan pesan pada saat melakukan Haji wida' (perpisahan)  pada tahun ke 10 Hijrah. Baginda menegaskan dengan sabdanya :
" Wahai manusia sesungguhnya tuhanmu satu dan bapa mu juga satu. kamu sekelian keturunan yakni Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah.  tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah kecuali yang lebih taqwa. Tidak ada keutamaan bagi bangsa arab terhadap bangsa lain kecuali taqwa. " (Nurul Yaqin,hal 258-259)
 Ayat dan hadis di atas telah memberikan pengajaran dan sekaligus pelajaran berharga bahawa hakikat nya seluruh umat manusia di dunia ini adalah bersaudara. mereka berasal dari satu keturunan yakni nabi Alaihissalam.  untuk itu tidak selayaknya bagi mereka saling bermusuhan dan saling membunuh bunuhan tetapi sebarkanlah rasa Damai rasa kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara kita.

Kesimpulannya
Hakikatnya seluruh umat manusia itu adalah bersaudara,baik dari segi agama mahupun keturunan dan tidak selayakanya bermusuh-musuhan, saling benci-membenci dan saling bunuh-membunuh tapi sebaliknya,hendaklah kita hormati-menghormati, saling mengasihi dan saling membantu dalam kebaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Kesantunan Bahasa

Hiburan Melampau

Keprihatinan Sosial