Kesantunan Bahasa
Terdapat pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh negara mengenai konsep kesantunan berbahasa. Budi bahasa merupakan gabungan daripada perkataan budi dan bahasa. Budi merupakan perlakuan yang baik manakala bahasa ialah pertuturan. Gabungan perkataan ini membambawa maksud percakapan yang baik yang membawa maksud yang sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak yang mulia. Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan, maka dia dikatakan kurang ajar. Kepentingan budi bahasa jelas terbukti melalui peribahasa tersebut :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Menurut Asmah Haji Omar (2000:88), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Beliau menjelaskan bahawa penjagaan air muka dalam kalangan orang Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan turut meliputi air muka keluarga dan masyarakat. Beliau juga telah membahagikan kesantunan kepada dua aspek, iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merujuk kepada kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakatberhubung antara satau sama lain. Manakala kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.
Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan(Amat Juhar Moain, 1992). Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, menyampaikan mesej kepada audiens dan berinteraksi dengan seseorang. Kesantunan berbahasa merangkumi aspek pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya.
PENDAHULUAN
Antara contoh kesantunan berbahasa adalah cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan. Selain itu, timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita seperti bahasa yang kita gunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Seterusnya, cara sapaan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dipandang seong kerana dianggap biadap atau tidak berbudi bahasa. Sistem sapaan dan panggilan juga terkandung dalam kesantunan berbahasa. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dang anti nama.
Di samping itu, kesantunan berbahasajugamempunyai mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Sebagai contohnya, penggunaan kosa kata dan kata ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan , pangkat, umur dan keakraban. Tambahan pula, kesantunan berbahasa juga merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mestilah sesuai dengan situasi,topik perbincangan dan hubungan antara penutur dan juga pendengar. Pada masa yang sama, nada mestilah rendah dan lemut dan gerak laku juga haruslah lembut. Gaya dan raga mini juga mestilah tidak berbentuk seperti mengejek, menyindir, peril ataupun menempelak. Akhir sekali, kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk jugalah laras bahasa istana. Antara ungkapannya adalah patik, tuanku, bersiram, bersemanyam dan sebagainya.
PENGERTIAN KESANTUNAN BAHASA
Menurut Kamus Dewan (1984), perkataan ‘’Kesantunan’’ membawa maksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang itu berbahasa dengan santun penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Kata “bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata “bahasa” juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”. Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
Makalah ini akan mengutarakan prinsip-prinsip kesantunan bahasa menurut al-Quran. Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan hidup manusia untuk dunia dan akhirat. Muhammad ‘Ali al-Sabuni memberi takrif al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Khatam al-Anbia’ wa al-Mursalin yang mempunyai mukjizat, membacanya sebagai satu ibadat yang termaktub dalam mushaf-mushaf dan dipindahkan kepada kita secara yang mutawatir, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas.
Prinsip bercakap dengan lemah lembut ini juga ditegaskan dalam ayat al-Quran surah ali-Imran 3:159 iaitu:
“Maka disebabkan rahmat Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati keras tentulah mereka menjauhkan diri dari engkau”.
KONSEP KESANTUNAN BAHASA
Dalam Islam, konsep kesantunan berbahasa dapat dirujuk melalui beberapa perbahasan yang terkandung dalam Al-Quran yang berkaitan dengan etika komunikasi sebagaimana penelitian yang dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli (2015):
Pertama, qaulan sadida (Q.S. 4 an-Nisa: 9), iaitu mediuam bahasa yang digunakan mestilah jujur dan benar pengisiannya. Kedua, qaulan ma'rufa, (Q.S.4 An-Nisa: 8), iaitu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang menyedapkan hati, tidak menyinggung atau menyakiti perasaan misalnya tutur, sesuai dengan kriteria kebenaran, kejujuran, tidak mengandung kebohongan, dan tidak berpura-pura.
Ketiga, qaulan baligha, (Q.S. 4 An-Nisa: 63), iaitu berkomunikasi dengan menggunakan ungkapan yang mengena, mencapai sasaran dan tujuan, atau membekas, ungkapan yang jelas, terang, tepat, atau efektif. Selain itu, ia menekankan maklumat yang disebarkan kepada masyarakat hendaklah mampu meninggalkan kesan kepada jiwa mereka. Keempat, qaulan maisura, (Q.S.17 Al-Isra: 28), melalui ayat ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar.
Kelima, qaulan karima, (Q.S. 17 Al-Isra: 23), iaitu berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata mulia yang menyiratkan kata yang isi, pesan, cara serta tujuannya selalu baik, terpuji, penuh hormat, mencerminkan akhlak terpuji dan mulia. Kemudian keenam, qaulan layyina, (Q.S. 20 Thaha: 44), iaitu berkomunikasi dengan sikap yang lemah-lembut.
Ketiga, qaulan baligha, (Q.S. 4 An-Nisa: 63), iaitu berkomunikasi dengan menggunakan ungkapan yang mengena, mencapai sasaran dan tujuan, atau membekas, ungkapan yang jelas, terang, tepat, atau efektif. Selain itu, ia menekankan maklumat yang disebarkan kepada masyarakat hendaklah mampu meninggalkan kesan kepada jiwa mereka. Keempat, qaulan maisura, (Q.S.17 Al-Isra: 28), melalui ayat ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar.
Kelima, qaulan karima, (Q.S. 17 Al-Isra: 23), iaitu berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata mulia yang menyiratkan kata yang isi, pesan, cara serta tujuannya selalu baik, terpuji, penuh hormat, mencerminkan akhlak terpuji dan mulia. Kemudian keenam, qaulan layyina, (Q.S. 20 Thaha: 44), iaitu berkomunikasi dengan sikap yang lemah-lembut.
KAEDAH KESANTUNAN BAHASA
Tahukah anda bagaimana teknik yang sewajarnya dilakukan dalam melaksanakan kesantunan berbahasa? Kajian yang dibuat oleh Noriati (2005) menggariskan beberapa kaedah ungkapan Rabbani. Antara ungkapan Rabbani yang merujuk kebesaran Allah SWT serta kekerdilan manusia yang sentiasa percaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT seperti kaedah doa, kaedah bersyukur, kaedah salam, kaedah insya-Allah dan kaedah tawakal.
Kaedah pertama adalah doa, memulakan komunikasi dengan ucapan “Bismillah” atau “Al-Fatihah”. Ungkapan ini merupakan doa yang bermaksud memohon kebaikan dan perlindungnan daripada Allah SWT. Doa dilakukan secara spontan sebelum seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan. Peranan doa adalah bagi memastikan apa-apa yang diharapkan akan diperkenankan oleh Allah SWT. Doa juga ada banyak kelebihan seperti mana Allah SWT berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu". ( Surah Al-Mu'min : 60 ).
Kaedah kedua adalah bersyukur, ungkapan “Alhamdulillah” melambangkan kesyukuran kepada Allah SWT. Ungkapan yang bermula dengan nama Allah menunjukkan penutur mengakui setiap kebaikan yang diterima adalah daripada-Nya. Secara tidak langsung, teknik ini dapat menghindar seseorang daripada bersikap sombong dan meninggi diri. Allah SWT berfirman: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepada-Mu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku”. ( Surah Al-Baqarah : 152 ).
Kaedah Ketiga adalah salam, kaedah memberikan ucapan salam sebelum berbicara atau berunding sesuatu boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk bertegur sapa. Selain mengucapkan salam, percakapan yang lemah lembut mencerimankan perilaku dan kesantuan seseorang. Komunikasi yang baik memerlukan kefahaman, makna dan mesej yang jelas sekali gus dapat menghindar konflik. An Nawawi menyebutkan dalam Shohih Muslim Bab ‘Di antara kewajiban seorang muslim adalah menjawab salam’. Lalu dibawakanlah hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam” Lalu ada yang menanyakan, ”Apa saja keenam hal itu?” Lantas beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2)Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3)Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4)Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5)Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6)Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).” (HR. Muslim no. 2162).
Kaedah keempat adalah insya-Allah, perkataan insya-Allah merujuk ungkapan yang bermaksud, dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunkan perkataan ini sebagai persetujuan atau ungkapan janji dalam urusan yang akan datang. Oleh itu, teknik ini menjadi salah satu teknik kesantunan berbahasa yang menggambarkan kekerdilan dan sikap rendah diri manusia apabila tidak mengetahui tentang perkara yang berlaku akan datang. Allah SWT berfirman:
Bermaksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi” kecuali (dengan menyebut) "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini".
Kaedah akhir adalah tawakal, penutur yang menggunakan kaedah ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT terhadap sesuatu yang baik atau buruk yang ditentukan oleh Allah SWT. Kaedah tawakal dalam pertuturan merupakan kaedah yang mampu mengurangkan ancaman dan rasa kurang senang sama ada dalam kalangan penutur atau pendengar. Allah SWT berfirman: “Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman". ( Surah Al-Maidah : 23 ).
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, al-Quran banyak mengemukakan prinsip kesantunan berbahasa yang meliputi segenap aspek sesuai dengan sifatnya yang syumul iaitu lengkap dan mencakupi. Bukti al-Quran lengkap dan mencakupi ialah kitab suci ini tidak mengabaikan bidang bahasa dalam mengutarakan prinsip-prinsip kesantunan bahasa. Prinsip al-Quran tentang kesantunan berbahasa bertepatan dan relevan dalam konteks kaitannya dengan definisi santun berbahasa iaitu kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Hal ini menjadi inti pati akhlak Islam yang menjadi pokok ajaran Islam. Kesantunan berbahasa juga wajar diukur dengan berdasarkan kepatuhan kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing khususnya peraturan Islam yang kemukakan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Prinsip utama ajaran Islam dalam kesantunan bahasa berkait rapat dengan dua peranan utama manusia iaitu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran melalui pelbagai meliputi ajaran, nasihat, serta teguran serta tidak menimbulkan kemarahan, kebencian dan permusuhan. Begitu juga kesantunan berbahasa juga menyentuh hubungan dengan Allah dan manusia iaitu hubungan dengan ibu bapa, jiran tetangga dan manusia keseluruhan.
Semua ini terdapat dalam al-Quran, bahkan kitab suci ini lebih ke depan dan menyeluruh dalam membincangkan persoalan kesantunan bahasa. Kekangan dan kelemahan manusia untuk memahami dan menerokai kitab suci ini menyebabkan banyak prinsip al-Quran tentang kesantunan bahasa tidak ditonjolkan kepada masyarakat. Sudah pasti al-Quran merupakan samudera terbentang luas yang mengandungi khazanah yang berharga yang perlu diterokai khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Video Kesantunan Bahasa
Part 1
Part 2
RUJUKAN
Al Quran
Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam
https://cikgunazeli.wordpress.com/2009/12/13/prinsip-al-quran-tentang-kesantunan-bahasa/


Comments
Post a Comment