Penyebaran Fitnah

KISAH TELADAN
Pemuda Soleh Yang Difitnah dan 
Balasan kepada Si Iri Hati

Kisah ini menampilkan seorang yang berpewatakan soleh dan juga baik hati. Pada suatu hari, orang yang soleh ini sedang duduk bersebelahan raja dan menasihati raja tersebut. Nasihat tersebut berbunyi “Berbuat baiklah pada orang yang berbuat baik kepadamu sebab dia telah berbuat baik, Sesungguhnya orang yang membuat kejahatan hanya akan mendapat balasan yang setimpal dengan kelakuannya itu.

Namun demikian, di negeri berkenaan terdapat seorang yang rapat dengan raja merasa iri hati terhadap pemuda yang soleh tersebut. Oleh itu, dia cuba untuk menghasut raja serta membuat strategi untuk membunuh pemuda soleh itu. Orang yang iri hati ini berkata kepada raja, “Wahai baginda raja, sesungguhnya pemuda soleh tersebut telah menuduh baginda dengan mengatakan mulut baginda berbau busuk, tandanya ialah apabila baginda mendekatinya, dia akan menutup hidungnya dengan tangan supaya tidak terhidu bau busuk mulut baginda.

Setelah mendengar kata-kata si iri hati itu, maka raja berkenaan mengarahkan iri hati tersebut, “Pergilah kamu temui pemuda soleh tersebut dan arahkannya menghadapku, kerana aku inginkan kebenaran”. Maka pergilah si iri hati ini untuk bertemu dengan pemuda soleh tersebut. Setelah tiba di rumah pemuda tersebut, maka si iri hati ini menyampaikan amanat raja bahawa ingin dia menghadap baginda. Bergeraklah mereka berdua untuk menghadap raja. Namun begitu, dalam perjalanan menuju ke istana, si iri hati ini mengajak pemuda tersebut makan dirumahnya terlebih dahulu. Si iri hati ini menjamu pemuda tersebut dengan makanan yang banyak namun meletakkan banyak bawang putih. Pemuda soleh tersebut juga termakan banyak ulas bawang putih.

Setelah tiba di istana, pemuda soleh itu disuruh untuk mendekati raja berkenaan, “Marilah kamu dekat kepadaku”. Pemuda tersebut mendekati raja dan menutup mulutnya dengan tangannya kerana takut jika raja terhidu bau busuk bawang putih dari mulutnya. Raja pun berkata dalam hatinya, “Maka benarlah apa yang dibicarakan oleh si iri hati kepadaku”.

Setelah itu, raja pun menulis surat kepada pengawalnya dan isinya ialah, “Jika telah datang kepadamu orang yang membawa surat ini, bunuh dan sembelihlah dia dan kirimkan kepadaku”. Lalu raja pun menyuruh pemuda yang soleh itu untuk membawa surat itu dan diamanahkan padanya untuk menyampaikan surat itu dan jangan membukanya sebelum sampai ke tangan pengawalnya.

Maka berangkatlah pemuda soleh ini ke tempat yang disuruh oleh raja tadi, tetapi ketika dalam perjalanan, pemuda soleh ini bertemu dengan si iri hati tadi dan menanyakan, “apa yang kamu bawa itu ?” pemuda soleh pon berkata, “ saya membawa surat yang ditulis oleh raja yang harus dikirimkan kepada pengawal raja di rumahnya” maka si iri hati pun berkata, “ berikanlah kepadaku dan biarkan aku yang mengirimkan surat berkenaan dan hadiahnya akan aku berikan kepadamu. Lalu si iri hati pun mengambil surat tersebut.

Setelah si iri hati tiba di tempat tujuannya, pengawal raja pun bertanya, “apa yang kamu inginkan”, lalu si iri hati pun berkata,”aku disuruh untuk menyampaikan surat ini”, kemudian pengawal raja pun membaca surat tadi dan mengatakan kepada si iri hati bahawa, “aku disuruh untuk membunuh dan menyembelihmu”. Mendengar akan isi surat tersebut, si iri hari hati mula berasa takut dan gementar. Si iri hati mengatakan bahawa ia sepatutnya dilakukan kepada pemuda soleh tadi tetapi pengawal raja tidak peduli akan kata-kata si iri hati dan tetap menjalankan perintah rajanya yang ditulis di dalam surat tadi.

Pemuda soleh pun datang seperti biasa tanpa mengetahui apa yang terjadi, dan raja merasa hairan akan kedatangan pemuda soleh tersebut, lalu berkata padanya, “apakah yang telah kamu lakukan dengan surat yang kau bawa ?”  dia pun berkata, “aku telah bertemu dengan si fulan, lalu dia meminta kepadaku agar surat itu dibawa olehnya, dan aku pun memberikan surat itu kepadan si fulan tersebut.

Maka raja pun berkata, “sesungguhnya si fulan itu telah menceritakan padaku bahawa kamu menuduhku orang yang mulutnya berbau busuk”, dan pemuda soleh pun berkata, “aku tidak pernah mengatakan sebegitu”, raja berkata, “ mengapa kamu menutup hidng dan mulut dengan tanganmu”. Lalu pemuda soleh menjawab, “kerana si fulan telah memberikan makan kepadaku dengan bawang putih, maka aku pun tidak ingin baginda terhidu bau busuk dari mulutku”, dan raja pun menyuruhnya pulang ke rumah.

Sesungguhnya, orang yang berlaku iri hati dan hasad dengki kepada orang lain akan membawa keburukan kepada dirinya, kerana orang yang iri hati ini tidak akan pernah senang apabila orang lain mendapat kebaikan.



LAMAN SENTAP
Calon-calon Penghuni Neraka dan 
Tingkatan  Neraka Orang Yang Memfitnah


Perkataan neraka berasal dari bahasa Ibrani, yang bererti unggun api sebagai tempat seksaan bagi mereka yang berdosa yang derhaka kepada Allah SWT. Di dalam Al-Quran, kata-kata neraka disebut Nar, atau Narul-Jahannam, iaitu sebagai tempat jin dan orang-orang kafir yang diseksa. Di sana mereka dibakar dengan api yang sangat panas.

Antara calon calon penghuni neraka yang dijanjikan oleh Allah SWT itu di antaranya ialah :-
  •  Orang-orang Kafir
  •  Golongan Musyrik
  •  Orang-orang Fasik
  •  Kaum Munafik
  •  Orang yang Meninggalkan Solat
  •  Penzina
  •  Orang yang Suka Memfitnah

Antara calon-calon penghuni neraka ialah orang yang suka memfitnah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :-

Bukanlah termasuk golonganku orang yang dengki,
suka memfitnah dan melakukan perdukunan (yang mengandungi syirik),
dan aku bukanlah dari golongan mereka
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud :-

Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah
(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan calon-calon yang dikemukakan, ia dapat memberi ganjaran jelas bahawa fitnah ialah salah satu dosa yang dimurkai oleh Allah dan Rasul. Ini dapat dibuktikan dengan hadis yang telah dijelaskan di atas.
Dalam hadith dinyatakan bahawa neraka itu terdiri dari tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Setiap tingkat mempunyai satu pintu neraka. Nama-nama tingkat neraka itu menurut penjelasan dari Al-Quran dan hadith ialah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Luza
3. Neraka Hutamah
4. Neraka Syair
5. Neraka Saqar
6. Neraka Jahim
7. Neraka Hawiyah.

Neraka Hutamah ialah neraka tingkat ketiga. Dalam neraka inilah tempat orang-orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana terpengaruh oleh harta dunia. Harta yang membuat orang derhaka. Firman Allah yang bermaksud :-

Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah.
Tahukah engkau apakah Hutamah itu ? Iaitu api neraka yang menyala-nyala.
 Yang membakar hati manusia Api yang ditutupkan kepada meraka,
sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang.
(Surah Al-Humazah : 4-9)

Di samping itu pula di dalam Al-Quran dijelaskan secara tegas, bahawa orang-orang yang bakal dimasukkan ke dalam neraka Hutamah ialah :-

1. Orang-orang yang pekerjaannya suka mengumpat dan mencaci orang lain.
2. Orang-orang yang mengumpulkan, menumpuk-numpuk harta benda dan bersifat bakhil.

  

KISAH BENAR
Fitnah Terbesar dalam Sejarah Islam :-
Fitnah terhadap Saidatina Aisyah R.A

Peristiwa Hadithul Ifqi adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasulullah dan juga di dalam sejarah dunia Islam. Apatah lagi peristiwa ini melibatkan keluarga Rasulullah S.A.W iaitu Saidatina Aisyah R.A yang telah difitnah pada ketika itu. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan membuatkan orang memandang buruk pada beliau apatah lagi melibatkan isteri kesayangan Baginda dengan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang bernama Safwan Bin Muattal.

Begitulah cekal dan tabahnya Saidatina Aisyah menerima berita itu dengan hati terbuka dalam menerima dugaan Allah S.W.T. Kesan peristiwa ini telah memberikan kesan kepada Rasulullah S.A.W dan menimbulkan keraguan untuk mempercayainya sehingga Allah S.W.T telah menyucikan dan membersihkan nama Saidatina Aisya dengan turunnya ayat Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 11.

Kisah ini bermula apabila perang Bani Mustaliq atau Muraisi berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah, ada riwayat yang mengatakan perang ini berlaku pada 2 Syaaban tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa ini berlaku apabila perang selesai dan dalam perjalanan ke Kota Madinah. Maka Rasulullah S.A.W pun menggerakkan angkatan tentera Islam ke Kota Madinah. Padahal waktu itu, sedang matahari terik berdiri di atas kepala. Ia adalah satu langkah yang amat bijak diambil oleh Rasulullah S.A.W. Baginda berjalan bersama-sama para sahabat Baginda sehingga benar-benar letih. Kerana keletihan, Baginda tertidur dengan nyenyak. Rasulullah S.A.W dan angkatannya seramai lebih kurang 1000 orang berehat disuatu tempat, yang jaraknya kira-kira satu malam perjalanan ke Madinah. Oleh kerana keletihan, pada malam itu Saidatina Aisyah telah keluar kumpulan kerana hendak berhadas kecil. Lalu tanpa memberitahu sesiapapun dia terus keluar daripada kumpulan dan pergi ke tempat yang agak jauh.

Sebelum kembali ke rombongan Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah mencari-cari kalung jenis manik Yaman kepunyaan Asma iaitu kakaknya yang dipakai dilehernta tercicir. Apabila Saidatina Aisyah kembali ke rombongan Rasulullah S.A.W didapati rombongan angkatan tentera telah pergi meninggalkannya. Namun, Saidatina Aisyah tidak berputus asa dan berharap agar rombongan angkatan tentera suaminya akan datang mencarinya dan mengambilnyadi situ. Ketika menunggu itulah Saidatina Aisyah merasa sangat letih dan tertidur di atas pasir.

Menjelang Subuh, tiba-tiba datang seorang sahabat nabi yang sengaja ditugaskan berjalan dibelakang rombongan tentera Islam yang bertujuan berjaga-jaga jika ada barang yang tercicir atau serangan balas musuh daripada belakang bernama Safwan bin Muattal as-Sulami.

Safwan bin Muattal as-Sulami telah mendekati saidatina Aisyah yang sedang terbaring menyelubungi seluruh badannya. Ini kerana sebelum turun ayat untuk berhijab, Safwan pernah melihat wajah Saidatina Aisyah sekali.

Safwan bin Muattal as-Sulami merasa terkejut dan hairan melihat Ummul Mukminin yang tidur seorang diri tanpa berkata apa-apa hanya kalimah istijrah iaitu kalimah innalillah wainna ilaihi rajiuun. Tujuan Safwan bin Muattal as-Sulami berkata demikian supaya Saidatina Aisyah terjaga. Memang benar ucapan Safwan bin Muattal as-Sulami menyebabkan Saidatina Aisyah terjaga sambil bangun dan menutup wajahnya. Safwan bin Muattal as-Sulami menarik unta sambil mengarahkan agar Saidatina Aisyah menunggang untanya itu. Kemudian Safwan memalingkan mukanya ke tempat lain. Begitulah waraknya Safwan ketika dia berduan-duaan dengan Saidatina Aisyah pada malam itu.

Tiada lagi apa-apa percakapan di antara Saidatina Aisyah dengan Safwan selain perkataan istirja itu sahaja.Safwan menarik  unta itu dengan cepat untuk mengejar angkatan tentera Islam. Dia sempat bertemu dengan angkatan tentera Islam sebelum memasuki Kota Madinah tetapi waktunya sudah tengahari.

Pada mulanya mereka tidak merasa apa-apa kerana hati mereka ikhlas dan Rasulullah S.A.W tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap isteri Baginda dan sahabat Baginda itu sehingga Rasulullah S.A.W dapat menyelesaikan pembahagian ghanimah bani Mustaliq dan juga dapat melangsungkan perkahwinan dengan Siti Juwairiyah Binti al-Harith. Tetapi peristiwa itu mula diperkatakan oleh kaum munafik yang suka merosakkan rumahtangga Rasulullah S.A.W yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Beliaulah yang memburukkan peribadi Saidatina Aisyah dengan Safwan.

Sebaik sahaja tiba di Madinah, Saidatina Aisyah demam dan tinggal dibiliknya sahaja tanpa keluar ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular yang mana sebenarnya fitnah itu pada mulanya hanya bermain di bibir Abdullah bin Ubai.
Kemudian berita itu mempengaruhi 3 sahabat lain iaitu Hisan bin Thabit, Mistah bin Usasah dan Hamnah binti Jahsyi. Walaupun sahabat Nabi (selain dari 3 orang ini) tidak turut memperkatakan tentang fitnah itu tetapi  mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian tentang fitnah walaupun hati mereka menepis. Bagi penduduk Madinah tidak dapat lenyap daripada desas-desus fitnah jahat itu.

Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan baginda tidak percaya bahawa isterinya membuat perkara sekeji itu. Mustahil mereka yang soleh dan bertakwa tergamak melakukan perbuatan keji, sedikit sebanyak perasaan sedih melanda juga jiwa Rasulullah S.A.W. Baginda merasakan tempias fitnah itu, ini kerana fitnah itu melibatkan isteri yang paling Baginda sayangi.

Oleh kerana Saidatina Aisyah demam dan tidak tahu menahu tentang fitnah itu dan mersa hairan melihat Rasulullah S.A.W melayan dirinya lain daripada biasa. Dengan rasa pilu, Rasulullah S.A.W mengizinkan Saidatina Aisyah untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Setelah sembuh dari demam Saidatina Aisyah telah keluar untuk berhadas besar bersama-sama dengan ibunya Mistah binti Usasah yang juga adalah sanak saudara ayahnya. Setelah selesai, dalam perjalanan pulang, kaki ibu Mistah telah tersangkut sehingga dia terjatuh lalu menyumpah anaknya Mistah.

Saidatinan Aisyah terkejut dan berkata :  Mengapakah engkau mencaci lelaki yang turut berperang di Badar ?
Adakah engkau belumm mendengar tentang fitnah dirimu ? sanggah ibu Mistah.
Saidatina Aisyah terkejut dan sedih sekali apabila mendengar cerita ibu Mistah tentang fitnah itu, dia pulang dan bertanya kepada ibunya, Ummu Ruman.
Lalu Ummu Ruman mencerita perkara yang berlaku, wajah Saidatina Aisyah murung sekali. Air matanya mulai deras mengalir membasahi pipi sehingga semalam dia tidak dapat tidur.
Rasulullah S.A.W amat sedih memikirkan perkara yang sedang menimpa isterinya itu. Sukar Baginda untuk menyelesaikannya, wahyu belum turun untuk memberitahu cerita sebenarnya. Namun, baginda yakin isterinya tidak melakukannya keranan Aisyah adalah isteri yang disayangi dengan sebabh itu Rasulullah S.A.W merasa cemburu. Namun, akhirnya kesucian Saidatina Aisyah benar-benar teserlah setelah Allah membersihkan nama Aisyah dengan turunnya wahyu Allah dalam Surah an-Nur ayat ke-11 yang bermaksud :-

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(Surah an-Nur : 11)

BICARA ILMIAH

Fitnah Akhir Zaman :-
Habib Ali Zaenal


Comments

Popular posts from this blog

Kesantunan Bahasa

Hiburan Melampau

Keprihatinan Sosial